Escape Theme Park Sumber: EscapeKepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa. Bayaran Masuk: Dewasa RM83 | Kanak – Kanak RM55 Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm) Lokasi: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.
MUZIUM MAINAN (TOY MUSEUM)
Muzium Mainan Penang mendaftarkan dirinya sebagai muzium mainan terbesar di dunia. Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar .
Berjalan melalui pintu depan adalah seperti melangkah kembali ke zaman kanak-kanak dan anda pasti untuk melihat beberapa rakan-rakan lama dalam koleksi, dari My Little Ponnies dan Care Bears hingga ke Doraemon dan koleksi Gundam. Tempat yang amat menyeronokkan untuk melawat, ia adalah tempat yang berfaedah dan menghiburkan untuk melawat untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.
Alamat:1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Penang Masa Operasi: Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm (Masuk Sebelum 5:30pm) Harga:Dewasa: RM16.00 Kanak-Kanak: RM11.00 Website:Penang Toy Museum Telefon: +60 12-460 2096
Pantai Batu Ferringhi Sumber: Phalinn Ooi / CC BY 2.0Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir untuk entri ini. Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang anda pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringgi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang.
Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing. Lokasi: Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang dan kami harap anda telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian anda ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana anda pilih untuk dilawati kami harap anda pulang membawa banyak kenangan manis
Pasembur Stall 09 Di Gurney Drive Hawker Centre terkenal dengan pasemburnya yang paling famous dan diberi nama “Pasembur Menari”. Kenapa menari? Sebab pasembur dihidangkan oleh pemilik gerai yang memotong pasembur sambil menari. Anda pasti akan terhibur. Terdapat pelbagai pilihan campuran pasembur seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis bersama hirisan timun dan sengkuang. Wow memang terbaik! Alamat: Gerai no. 9, Anjung Gurney Waktu Operasi: 4.00 petang – 12.00 malam Info: Pasembur Stall 09 Laksa Janggus Laksa Janggus merupakan kedai makan yang terkenal sekali di Pulau Pinang. Kalau singgah makan di sini cubalah order Laksa Special mereka, anda akan dapat rasa keenakan kuahnya yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kuahnya dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai makan ini. Yang paling penting, kuah laksa ni memang cukup rasa, d...
Georgetown City Hotel, Penang Saved to your Map 3.7 4-star hotel Address : I-Stop Midland Park, 488, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia Phone : +60 4-227 7111
Comments
Post a Comment