Makanan
Pasembur Stall 09 Di Gurney Drive Hawker Centre terkenal dengan pasemburnya yang paling famous dan diberi nama “Pasembur Menari”. Kenapa menari? Sebab pasembur dihidangkan oleh pemilik gerai yang memotong pasembur sambil menari. Anda pasti akan terhibur. Terdapat pelbagai pilihan campuran pasembur seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis bersama hirisan timun dan sengkuang. Wow memang terbaik! Alamat: Gerai no. 9, Anjung Gurney Waktu Operasi: 4.00 petang – 12.00 malam Info: Pasembur Stall 09 Laksa Janggus Laksa Janggus merupakan kedai makan yang terkenal sekali di Pulau Pinang. Kalau singgah makan di sini cubalah order Laksa Special mereka, anda akan dapat rasa keenakan kuahnya yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Kuahnya dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai makan ini. Yang paling penting, kuah laksa ni memang cukup rasa, dan b
Comments
Post a Comment